Monday, 15 April 2013

Penyamun maut terjerut tali beg


Dipercayai tersangkut ketika mahu larikan diri

Kuala Lumpur: Seorang penjenayah yang cuba melarikan diri selepas menyamun sebuah premis alat ganti kenderaan maut akibat terjerut beg disandangnya di Salak South, di sini semalam. 
Kejadian disedari pemilik kedai terbabit kira-kira jam 9 pagi selepas mendapati keadaan berselerak dalam premisnya dan terkejut apabila menemui mayat suspek di tingkat dua bangunan terbabit. 
Suspek dipercayai hendak melarikan diri dengan terjun melalui tingkap kedai itu, namun beg sandang yang dibawanya tersangkut pada papan nama kedai menyebabkan tali beg menjerut lehernya” Ku Chin Wah, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur

Kejadian dipercayai berlaku antara enam hingga lapan jam sebelum pemilik premis itu menemui mayat suspek warga asing berusia lingkungan 30-an.

Pemilik kedai jumpa mayat

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata mayat suspek ditemui tersangkut antara papan nama kedai dan tingkap di tingkat satu premis dua tingkat itu oleh pemilik kedai sebelum melaporkan kejadian kepada pihak polis.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek cuba melompat keluar dari tingkat dua premis itu sebelum terjerut oleh beg sandang yang dibawanya. 
Lari ikut tingkap

“Suspek dipercayai hendak melarikan diri dengan terjun melalui tingkap kedai itu, namun beg sandang yang dibawanya tersangkut pada papan nama kedai menyebabkan tali beg menjerut lehernya.

“Siasatan mendapati suspek dipercayai masuk ke premis berkenaan melalui tingkap berikutan pintu utama masuk kedai terbabit gagal dibuka,” katanya kepada BH ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, berdasarkan keterangan pemilik premis itu, tiada barangan berharga yang hilang dari kedainya dalam kejadian itu.

Katanya, mayat suspek dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

No comments:

Post a Comment